Laman UtamaPerutusan Ketua Sektor

Perutusan Ketua Sektor

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera,

        Bersyukur kehadrat Illahi di atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT yang telah bertungkus lumus dalam membangun dan mengemaskini Portal Rasmi Sektor Khimat Pengurusan Dan Pembangunan JPNNS, dimana ia merupakan salah satu saluran perhubungan diantara pihak Sektor kami dengan warga pendidik dan orang awam.

        Dalam menempuh era globalisasi dan digital, kita perlulah memperkasakan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna demi menempuh cabaran yang mendatang.  Oleh yang demikian, penggunaan Web merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan supaya lebih cekap dan berkesan.  Selain itu, ia juga dapat memupuk budaya ICT dalam sektor pendidikan di negeri ini.

        Portal rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa.  Selain itu, saya berharap portal ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak warga jabatan, pendidik  dan juga orang awam.

        Dengan ini, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kursusnya Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh warga jabatan,pendidik dan orang awam selaras dengan kemajuan Negara kita yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini.

sekian,

Wassalam.

KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
PUAN NORWANIS BINTI TAJUL UROS

Last Updated on Monday, 23 February 2015 12:04

 

CARIAN

PAUTAN

Powered by JoomlaGadgets

MASA ITU EMAS

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini29
mod_vvisit_counterSemalam32
mod_vvisit_counterMinggu Ini162
mod_vvisit_counterBulan Ini508
mod_vvisit_counterJumlah76834

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2014. Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan